P.A.P.A

Perjalananku sebagai seorang Papa baru...Buat isteri tersayang...i hope we enjoy to be a good Papa n Ibu...our beloved Aisyah Sofeya...We try our besT~

Alhamdulilah syukur, tanggal 28.8.2010 @ HUSM Kubang Kerian jam 1.15am...lahirlah seorang puteri seberat 3.8kg diberi nama Aisyah Sofeya__keranamu lahirnya panggilan Papa...Semoga Papa dapat memberikan yang terbaik buat Kamu...Aisyah Sofeya binti Abdul Qayyum...bermulanya kehidupan seorang papa:::13.2.2014-Sofeya mendapat adik lelaki..Luqman Alhakim nama diberi, dilahirkan di Hosp Kuala Krai...Dah tua berasa diri, pabila angka 3 siries menjengah utk diri,,,

Monday, November 29, 2010

benda Apakah yg Paling Cepat

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" Soalannya adalah:

"Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah........

Lawak Pesakit Mental

Pada suatu hari di Hospital Mesra Bukit Padang.....Dua orang pesakit mental diuji sama ada mereka sudah pulih ataupun belum...sorg bernama Abu dan sorg lagi bernama Ali.


Mereka dibiarkan berada berhampiran kolam renang, sambil diawasi oleh petugas, Abu pandai berenang tetapi Ali tidak.

Abu hanya duduk di kerusi berhampian kolam sementara Ali berjln mengelilingi kolam.

Tiba2 Ali terjatuh ke dlm kolam...terkial2 mnta tlg kerana tidak tahu berenang...Kerana melihat Ali terkial2 dlm kolam, Abu terjun untuk menyelamatkan Ali....Kedua2nya basah kuyup.

Petugas yg berada berhampiran membantu Abu...........mereka dimasukan semula ke dlm wad...

Esoknya.... Abu dipanggil oleh Ketua warden....

Warden : Saya ada dua berita hendak bagitau kamu...satu berita baik dan satu lagi berita buruk. Saya akan bagitau dulu berita baik.

Abu : Baiklah, tuan.

Warden : Pagi semlm, petugas saya ada bagitau, kamu telah menyelamatkan Ali dari mati lemas...betul?

Abu : Ya, tuan.

Warden : Tahniah, kamu saya isytiharkan sudah sembuh sepenuhnya kerana tindakan kamu yg dpt membezakan antara nyata dan maya. So, kamu akan dibebaskan...

Abu : Terima kasih tuan, tapi berita buruknya.

Warden : Berita buruknya... Ali kawan kamu didpti mati tergantung di dlm biliknya.

Abu: Sebenarnya, saya yg menggantung dia...tuan

Warden terkejut dengan penjelasan Abu dan bertanya: Kenapa kamu menggantung Ali..sedangkan sblm itu kamu menyelamatkanya dari mati lemas....( Dengan nada marah )

Abu: Saya gantung dia supaya dia cepat kering...sebab dia tidak dpt keringkan diri dia sendiri.

Sunday, November 28, 2010

Sofeya dah 94 hari

Salam...
dah lama x mengekpresikan diri dengan Blog...sibuk dengan tugasan agaknya...
Harini usia Baby Sofeya ku dah 94 hari...dengan kata lain dah masuk 3 bulan.
Dah banyak perkara yang Sofeya belajar...
Antara nya dah mula suka meniarap...
Sofeya juga dah pandai mengecam wajah Ibu nya dan papa nya...

Disebabkan Sofeya belajar tidur dalam buaian di rumah pengasuh,jadi IBUPAPA nya telah membelikan Sofeya sebuah buaian besi dengan harga RM150++

Dengan adanya buaian,Ibupapanya dapat meringankan sedikit urusan tertentu...seperti kemas Umah,Memasak,Lipat kain....

Namun.di sebalik kegembiraan melayan teletah ANAKKU, timbul juga kerisauan di hati ini apabila Isteri yang disayangi: Mdm Rosmawati mengadu sakit dalam perut...mungkin effect dari pembedahan 3 bulan yg lalu...

Sesetengah pendapat mengatakan luka pembedahan terbahagi kepada 2..luka dalaman dan luka luar...
apa yg merisaukan aku ialah Luka dalaman...yer la..luka dalam susah nak nampak...ambil masa...silap2 setahun pun boleh jadi...

Apa yg boleh aku lakukan ialah memberi kata2 semangat dari aspek makan ubat jeli gamat...kedang2 risau juga bila kelihatan si isteri selalu keletihan...

Monday, November 8, 2010

Lucahkah Games PUNIShMENT

15- Lucahkah Games PUNIShMENT?? - terpulang kepada persepsi masing2..jika kita fikir BIRU,maka BIRU lah ia...So far,timbul sedikit gosip di acara gigiT bELON yg berisi AIR.

Secara teori nya,ia bertujuan untuk membasahkan peserta,namun secara praktikalnya,jika KITA memecahkan belon dgn gaya menghisap belon_sudah tentu gaya nya mcm 18sx...namun,aku salah seorang peserta yg perlu lakukan denda tersebut:::KITA hnya perlu gigiT belon..ya just gigit dengan tujuan kita nak santai sesama kita...

ToYoL

Pada ptg disertai dengan hujan itu, seorang budak lelaki sedang menduduki Peperiksaan untuk subjek Pengiraan di sebuah institusi pengajian swasta.Gaya dan penampilan budak ini di dalam dewan nampak begitu bergaya ditambah pula dengan tangan nya yg begitu laju menulis jawapan...

Untuk pengetahuan pmbaca,budak yg dimaksudkan tersebut menduduki peperiksaan untuk kali ke~2 setelah kecundang buat kali pertama.Dalam kata lain "REPEAT"

Seperti biasa, budak lain yg turut sama bertungkus lumus sambil dahi masing2 berkerut. Peperiksaan mengambil masa selama 3 jam.

Selepas 3jam...sedang pengawas membuat pengiraan kertas sebelum menuju ke bilik Gerakan Peperiksaan, lantas budak lelaki tadi datang menuju ke arah Pengawas secara spontan dengan muka yg agak keluh kesah.

Apakah masalah budak lelaki td?

Budak Lelaki : sayo nak oyat sesuatu ni cik? (baca dlm loghat Kelantan)

Pengawas Lelaki : Ya,habaq la..padia? ( cik ni guna loghat utara)

Budak Lelaki :Boleh tak saya nak ambil kertas jawapan saya semula....

Pengawas Lelaki : la..nak buat apa....Apa masalah awak??

Budak Lelaki :Saya terhantar kertas jawapan skali dengan TOYOL saya tadi encik.....

** *sebarang watak dan jalan cerita adalah berdasarkan kisah benar***

Tuesday, November 2, 2010

Perlu ke Baca? Mesti La Perlu kowT:::

Aku merasa cukup bengang dengan penuh rasa perasaan marah.tapi sememangnya aku seorang yg cepat marah...dan cepat pula cooL.Hurm..tak tahu mcmna nak mulakan cerita.tapi hanya ingin menerang kan situasi sebenar supaya tiada pihak yg simply mengeluarkan statement aku lepas tgn.

Okay.dimulakan dengan Bismilahirahhmanirahimm:::
Baru2 ni aku telah mengendalikan satu EVENT diberi nama Hooray2 @ Pantai Irama.

1st program ini dibawah kendalian kelab THEMES dan pelajar semester 1 Dip Peng.Pelancongan Program UiTM di Kolej Teknologi Bestari.

2nd- Program ini bertujuan utk merapatkan hub antara semua pelajar di bawah program UiTM...
kenapa? Adakah hub sesama mereka tak rapat..Susah utk menjawab soalan ini.masing2 mungkin dah maklum dgn hub sesama sendiri:::

3rd_aku ingin menegaskan di sini bahawa PELAJAR merupakan peserta wajib bg setiap aktiviti.Dan bagi menggerakkan Kelab ini, Presiden memainkan peranan yg amat penting.Mr Amirul @ lebih dikenali di kalangan saing2 dengan gelaran Mirul Gasi.Selalunya gelaran ini di beri untuk membezakan dengan seorang lagi pelajar iaitu Amirul Sidi.

4~Tanpa kamu, semua event atau sebarang XTVT sememangnya tak kan berjaya dilaksanakan.Namun, tanpa aku,dan pensyarah lain, kamu semua still boleh melakukan yg terbaik kerana kamulah penggerak kelab ini...Aku hanya mampu untuk menasihati dan membantu setakat yg termampu.

5- agak terkilan pabila selepas Event ini dijalankan terdengar suara sumbang mengatakan yg "Aku telah melepaskan kerja Family Day ini kepada Student semester 1"....hurmm...agak tidak berasas sungguh statement ini...Tapi tidak mengapa...Pedulikan suara sumbang itu...Ada aku kesahhh!

6- Sebelum mula nya Event ini,aku menjadi antara org yg sebookkk...mana taknya,dengan kehidupan berkeluarga dan juga persiapan event ini

7-Bermulanya dengan bendahari Kehormat, Mr Abdul Rahman melakukan tugas nya seperti ah long  @mengutip duit kelab..he he..tenks man..dan disusuli dengan duit di serahkan kpd Ajk Kutipan duit iaitu bebudak part 1.

8-Oleh kerana bebudak Part1 tiada transport,jadi aku telah membantu mereka utk membeli brg2 di Mydin.Selain itu, aku turut membwa mereka ke Tempat tempahan Button...dan juga ke Giant.

9-Seterusnya, bg melancarkan persiapan...beberapa meeting turut diadakan...PELAJAR shj yg perlu ATTENDT...selain pelajar,nak dtg boleh...Untuk pengetahuan, ramai pelajar yg telah CALL n SMS Penasihat kelab...:"Sir,nak tnya meeting kol brapa?"

Ya...call adalah penyelesaian terbaik,mana la tahu,jika sms..kekadang kredit tak sempat topup...atau tak terbalas msj itu..dengan kekalutan atau dengan andaian dah tersend..upernya blom agi...huhu

10- Selain itu,aku turut meminta pok Napi "mengejas" sebuah pas melalui kenalan nya. Ok set..bas dah ditempah 2 minggu awal..dengan harga yg berpatutan iaitu RM 600.

11- aku turut sekali lagi ke KT kali ini utk mengambil Button.Ya,Button secara telusnya,segala design yang ada di Button datang nya dari aku.Asalnya hanya Organizer @ DPT part 1 n Aku sahaja yg ada nama di button,tetapi aku telah mengEJAS brader itu agar tambahan nama dilakukan...

12- Aku turut ke kedai di area Pengkalan Chepa..for what?? Bukan apa,just nak beli ICE BOX,GULI,TISU,PLASTIK SAMPAH dan beberapa keperluan brg2 lain.

13- Sebelum event dilangsungkan,aku telah ke Pantai Irama untuk survey lokasi.3 hari be4 evenT

no seterusnya...Selepas itu,beberapa langkah dilakukan antaranya ialah...

Pergi ke rumah Hanum<part1> untuk mengambil periuk kukus...

Menyediakan Hot Dog bersama student sehingga jam 3 pagi...