P.A.P.A

Perjalananku sebagai seorang Papa baru...Buat isteri tersayang...i hope we enjoy to be a good Papa n Ibu...our beloved Aisyah Sofeya...We try our besT~

Alhamdulilah syukur, tanggal 28.8.2010 @ HUSM Kubang Kerian jam 1.15am...lahirlah seorang puteri seberat 3.8kg diberi nama Aisyah Sofeya__keranamu lahirnya panggilan Papa...Semoga Papa dapat memberikan yang terbaik buat Kamu...Aisyah Sofeya binti Abdul Qayyum...bermulanya kehidupan seorang papa:::13.2.2014-Sofeya mendapat adik lelaki..Luqman Alhakim nama diberi, dilahirkan di Hosp Kuala Krai...Dah tua berasa diri, pabila angka 3 siries menjengah utk diri,,,

Wednesday, December 28, 2011

10 tahun yang lalu, harga nasi lemak hanya 50 sen sahaja sebungkus.

Berbeza dengan zaman sekarang. Bukan sahaja harga makanan sudah naik, malah harga-harga barangan lain seperti aksesori, rumah, kereta dan banyak lagi turut terkena tempias perkembangan ekonomi dan evolusi kehidupan.


Jika dahulu ibu bapa yang mempunyai gaji RM1,500 ke atas boleh menampung perbelanjaan keluarga.
Kini RM3,000 belum tentu dapat menyelesaikan perbelanjaan bulanan.

Hakikat yang perlu kita terima di sini, situasi telah berubah. Khususnya untuk pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu di kolej dan universiti. Kita tidak boleh bergantung pada ibu dan bapa semata-mata.

Evolusi perlu berlaku terhadap diri sendiri. Di mana ketika usia kita mencecah 17 tahun ke atas, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari wang perbelanjaan sendiri tanpa perlu menagih simpati daripada kedua-dua ibu bapa.

1 comment: